Wednesday, June 6, 2012

Blogsy app untuk blogger iPad

 

Blogsy app untuk iPad memang sesuai untuk blogger. Mengapa? Ianya boleh digunakan untuk mana-mana platfom Wordpress, blogspot, YouTube Dan sebagainya. Sekarang saya menggunakan blogsy untuk mengemaskinikan blog ini.

 

Thursday, May 31, 2012

Edmodo platform interaksi sosial untuk pengajaran dan pembelajaran

Edmodo mempunyai antara muka pengguna yang menyamai Facebook. Dengan menggunakan navigasi yang popular ini yang popular, pengguna biasa boleh menavigasi melalui laman ini untuk memeriksa gred, tugasan, dan menulis kepada rakan-rakan sekelas, guru, dan ibu bapa. Dengan menggunakan Edmodo, guru menyatakan gred dan memberi Tugasan kepada pelajar. Pelajar boleh menghantar Tugasan mereka dan melihat gred mereka serta ulasan daripada guru tentang tugasan yang diberi. Guru juga boleh membuat pemilihan dan meletakkan topik untuk perbincangan di kalangan pelajar. Penghantaran adalah cepat dan paper-less.Edmodo menggunakan mendaftar kod unik untuk kelas dan sekolah, yang menghalang orang luar daripada menyertai.

 

Friday, March 26, 2010

Camtasia Studio from techsmith.


Aplikasi yang memang diperlukan oleh kita dalam bidang pendidikan. Kenapa kita perlu ada aplikasi ini? Ianya banyak membantu dalam memberi penerangan berkenaan pelajaran dalam bentuk video.Di samping itu juga sesiapa yang nak buat buat e-learning pun boleh.Tidak rugi jika kita membeli memang berbaloi

Tuesday, July 14, 2009

Pdf Searcher


Laman sesawang PDF searcher ini memudahkan anda mencari ebook, fail berformat pdf dan hendak muat turut fail tersebut secara percuma.Apapun ini merupakan laman yang patut anda simpan sebagai penanda laman sesawang.

Firefox 3.5


Sila dapatkan pelayar web yang amat pantas dan ianya percuma.Kepada sesiapa yang berminat boleh pergi ke laman sesawang Mozilla.Pelayar ini merupakan teknologi terkini dalam pelayar sesawang.Apa tunggu lagi beralihlah anda kepada pelayar sesawang yang baru.

Tuesday, July 7, 2009

Photo bucket


Laman sesawang Photobucket membolehkan anda berkongsi gambar dan video dengan orang lain.Disamping itu juga anda boleh menjadikan photobucket sebagai host gambar dan video untuk laman sesawang anda.Apa tunggu lagi daftarkan diri anda sekarang.

Thursday, July 2, 2009

Aplikasi Dropbox


Jika anda menghantar fail menggunakan email, anda terlalu bergantung dengan usb drive, hendak menatap fail anda dari mana- mana tempat,hendak berkongsi fail tetapi saiz fail adalah besar, anda mahu backup fail dan anda mahu berkongsi gambar dengan orang lain. Ini jawapannya gunakan dropbox. Aplikasi adalah percuma yang mana ianya sesuai untuk windows,mac dan juga linux.Apa tunggu lagi dapatkan inaya sekarang "dropbox".